Yang Akan Datang

ZÉLL-V Haus

Pengalaman Holistik Untuk Keseimbangan Badan & Jiwa

Sehingga kini, ZÉLL-V telah membuka lebih daripada 30 buah kedai ‘signature’ dan kedai imej yang terletak di pusat-pusat membeli-belah premium dan bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Selaras dengan usaha untuk terus meningkatkan mutu perhidmatan kami, kami dalam proses menubuhkan ZÉLL-V Haus, iaitu kedai imej yang terbaru ZÉLL-V, bagi memberi para pelanggan kami suatu pengalaman yang holistik untuk mencapai kesejahteraan badan dan jiwa.

Tiga buah ZÉLL-V Haus akan pertama sekali ditubuhkan di Bukit Mertajam, Johor Bahru dan Kuantan. Ketiga-tiga kedai ini akan menampilkan imej yang segar, bersih dan elegan, serta mempunyai unsur-unsur semulajadi dan tumbuh-tumbuhan sebagai hiasan. Kedai-kedai ini dilengkap dengan tempat resepsi, bilik pemeriksaan sel, bilik rawatan, bar jus dan lounge untuk para pelanggan beristirehat.

ZÉLL-V Haus akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Bila masa ini tiba, ia akan merevolusikan pengalaman terapi selular, dan menjadikannya bertambah holistik, mewah dan dapat memenuhi semua aspek pancaindera.

Top