Sejarah
ZÉLL-V ialah pemimpin dalam industri terapi sel untuk anti-penuaan, kecantikan dan kesihatan optimum dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri. Jenama ini ditubuhkan oleh Ruyi Holdings Sdn Bhd di Kuala Lumpur, Malaysia dan telah berkembang ke semerata tempat di dunia, termasuk Jerman, Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei, Vietnam, Indonesia, Negara Cina dan juga Lebanon. ZÉLL-V telah membawa kesihatan, kecergasan dan kecantikan untuk orang yang tidak terkira banyaknya di dunia. Ibu pejabat antarabangsa ZÉLL-V yang terletak di Singapura berfungsi sebagai titik import dan eksport untuk semua produk kami bagi memastikan keselamatan dan standard kualiti yang tertinggi. ZÉLL-V Wellness Hub - Pusat Rejuvenasi Asia - ditubuhkan pada tahun 2016 di Kuala Lumpur (berdekatan dengan Mid Valley Megamall) bagi menyediakan servis pemeriksaan, pendidikan dan rawatan untuk membantu orang ramai menjaga kesihatan mereka secara menyeluruh.
Model Kejayaan ZÉLL-V
Kejayaan luar biasa yang dicapai ZÉLL-V berkait rapat dengan model perniagaannya yang unik, yang bernama 5 Rukun Kejayaan ZÉLL-V:Teknologi Perubatan dan Jaminan Kualiti
Kerjasama dengan pakar-pakar perubatan profesional telah menaikkan imej jenama ZÉLL-V, kualiti produknya serta keyakinan pelanggan terhadap ZÉLL-V. Formula terapi sel ZÉLL-V dicipta oleh panel pakar perubatan antarabangsa ini selepas menjalankan penyelidikan saintifik melebihi 70 tahun. Formula terapi sel yang eksklusif ini yang dapat memulihkan kesihatan dan kemudaan badan manusia. Dengan ini, keperluan anti-penuaan seluruh dunia dapat dipenuhi.
Strategi Jenama Mewah
ZÉLL-V mengambil kedudukan sebagai jenama mewah yang diingini semua melalui pelbagai ilkan yang dipaparkan melalui pelbagai saluran, termasuk surat khabar, majalah, televisyen, papan iklan, pertandingan V-Star Star Search, penajaan acara, kedai ‘signature’ yang ditubuhkan di pusat membeli-belah premium pusat, dan sebagainya.
Pendidikan dan Latihan
Maklumat dan pengetahuan mengenai terapi sel disampaikan kepada pekerja-pekerja and pelanggan-pelanggan melalui pendidikan yang berterusan, seperti seminar, kaunseling individu dan telepemasaran supaya mereka mempunyai pemahaman yang betul mengenai terapi sel dan penjagaan kesihatan, di sambil membina hubungan yang lebih erat dan berkekalan dengan meraka.
Perkhidmatan Pelanggan & Telemarketing
Dengan perkhidmatan pelanggan yang ikhlas yang disampaikan melalui telepemasaran, telesales dan khidmat lepas jualan, kami bukan semata-mata menjual produk tetapi berusaha membantu para pelanggan mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Ini membolehkan kami menjalini hubungan jangka panjang yang lebih erat dengan pelanggan-pelanggan kami.
Kepimpinan dan Pengurusan
Kakitangan memainkan peranan penting dalam menghubungkan syarikat dengan para pengguna. Kepimpinan yang diberikan kepada kakitangan kami membantu mereka berjaya mencari makna dalam kerja mereka dan mewujudkan peluang untuk perkembangan diri serta peluang untuk mengembangkan bakat mereka supaya mereka boleh maju bersama-sama dengan syarikat.