Kebenaran Mengenai Penuaan & Kesakitan
Penyakit dan penuaan yang pesat adalah akibat kemerosotan sistem badan kita. Ketika umur kita semakin bertambah, tahap degenerasi sel-sel kita semakin giat dan melepasi tahap pembaharuan sel. Maka, kita akan mengalami kesihatan yang kurang baik dan penuaan pramatang. Apabila sel-sel dan tisu-tisu kita tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya, sistem badan kita turut merosot dan badan kita akan dilanda pelbagai kesakitan dan jangkitan penyakit. Faktor-faktor seperti tekanan, penyakit dan penuaan pramatang turut mengiatkan kemerosotan sel kita.