Presiden Persatuan Terapi Timus Jerman
Pengasas Persatuan Perubatan Terapi Chelation Jerman
KEPUJIAN
Dr Brammer telah menceburi bidang terapi sel selama lebih daripada 30 tahun. Beliau menggunakan terapi sel untuk merawat pelbagai indikasi dan telah mencapai keputusan yang luar biasa. Beliau berjaya menggunakan Terapi Lyophilised Fresh Cells (L.F.C.) untuk memperbaiki kehidupan pesakit-pesakitnya yang diserangi penyakit yang susah diubati serta penyakit yang diakibatkan penuaan. Dr Brammer dilantik sebagai Presiden Persatuan Terapi Timus Jerman sebagai tanda penghormatan kepada beliau.
Selain itu, Dr Brammer juga pakar dalam psikoterapi, penyembuhan semulajadi dan homeopati. Beliau telah menulis dan menerbit artikel-artikel saintifik dan buku-buku, serta menjalankan beratus kuliah mengenai terapi rejuvenasi dan anti-penuaan. Dr Brammer ialah pengasas beberapa persatuan perubatan, termasuk Persatuan Perubatan Terapi Chelation Jerman.